Ini 7 Fungsi Baru Yang Ditambah Pada Google Search

Semalam menandakan 20 tahun usia Google dalam arena web, dan sudah semestinya banyak rancangan yang mahu diketengahkan untuk para pengguna.

Bagi menjamin pengguna sentiasa berpuas hati menggunakan perkhidmatan mereka, Google telah menambah 7 fungsi baru pada Google Search. Jom lihat apa yang penambahan yang dibawakan kali ini.

1. Discover



Ciri ini akan memaparkan kandungan yang bersesuaian serta relevan dengan pengguna dan mengutamakan kronologi. Kandungan yang muncul adalah berdasarkan sejarah carian yang pernah dibuat pengguna.

2. Visual

Google meningkatkan lagi elemen visual pada hasil carian pengguna. Teknologi AI Google, akan mencipta Stories yang mana ia akan muncul pada bahagian hasil carian dan carian imej.

3. Stories

Ciri Stories sudah mula popular pada aplikasi seperti Snapchat, Instagram dan Facebook. Selepas ini, Google Search turut memaparkan Stories pada hasil carian dan carian imej melalui sokongan teknologi AI mereka.

4. Carian gambar

Google telah merombak semula algoritma carian imej mereka. Selepas ini, imej akan disusun bersesuaian dengan pengguna.

5. SOS disokong AI

Google akan meningkatkan lagi ciri SOS Alert dengan kemampuan AI. Melalui sokongan itu yang dihubungkan kepada sejarah carian, ramalan tentang paras air, dataran dilokasi berisiko dapat dibuat dengan tepat. Ciri ini akan dilancarkan di India terlebih dahulu.

6. Pathways

Ciri ini diperkenalkan sebagai perkhidmatan carian kerja. Ketika membuat carian pekerjaan, Google akan memasukkan sekali peluang latihan pekerjaan yang sesuai dan ia akan dimulakan di Virginia terlebih dahulu.

7. Tanda carian

Ciri yang ditunggu-tunggu pada Google untuk research project.

Tidak lama lagi pengguna akan melihat paparan carian sebelum didalam ruang carian itu sendiri. Dengan ini, pengguna lebih mudah untuk klik dan kembali semula ke halaman yang dicari.

Pengguna juga boleh menandakan (bookmark) carian yang berkaitan dengan projek secara berasingan. Disamping itu, Google juga akan mengesyorkan kandungan tambahan berdasarkan carian yang ditanda.

Sumber: Tom's Guide