Bagi menjamin pengguna sentiasa berpuas hati menggunakan perkhidmatan mereka, Google telah menambah 7 fungsi baru pada Google Search. Jom lihat apa yang penambahan yang dibawakan kali ini.
1. Discover
Ciri ini akan memaparkan kandungan yang bersesuaian serta relevan dengan pengguna dan mengutamakan kronologi. Kandungan yang muncul adalah berdasarkan sejarah carian yang pernah dibuat pengguna.
2. Visual
Google meningkatkan lagi elemen visual pada hasil carian pengguna. Teknologi AI Google, akan mencipta Stories yang mana ia akan muncul pada bahagian hasil carian dan carian imej.
3. Stories
Ciri Stories sudah mula popular pada aplikasi seperti Snapchat, Instagram dan Facebook. Selepas ini, Google Search turut memaparkan Stories pada hasil carian dan carian imej melalui sokongan teknologi AI mereka.
4. Carian gambar
Google telah merombak semula algoritma carian imej mereka. Selepas ini, imej akan disusun bersesuaian dengan pengguna.
5. SOS disokong AI
Google akan meningkatkan lagi ciri SOS Alert dengan kemampuan AI. Melalui sokongan itu yang dihubungkan kepada sejarah carian, ramalan tentang paras air, dataran dilokasi berisiko dapat dibuat dengan tepat. Ciri ini akan dilancarkan di India terlebih dahulu.
6. Pathways
Ciri ini diperkenalkan sebagai perkhidmatan carian kerja. Ketika membuat carian pekerjaan, Google akan memasukkan sekali peluang latihan pekerjaan yang sesuai dan ia akan dimulakan di Virginia terlebih dahulu.
7. Tanda carian
Ciri yang ditunggu-tunggu pada Google untuk research project.
Tidak lama lagi pengguna akan melihat paparan carian sebelum didalam ruang carian itu sendiri. Dengan ini, pengguna lebih mudah untuk klik dan kembali semula ke halaman yang dicari.
Pengguna juga boleh menandakan (bookmark) carian yang berkaitan dengan projek secara berasingan. Disamping itu, Google juga akan mengesyorkan kandungan tambahan berdasarkan carian yang ditanda.
Sumber: Tom's Guide
Berkaitan
- Kebanyakkan Iklan Di YouTube Selepas Ini Tiada Butang "Skip Ads"
- OPPO Gandakan Usaha Untuk Membangunkan Cip Pemproses Tersendiri
- Kajian Temui Lebih 2000 Aplikasi Berbahaya Dalam Play Store, Termasuk Aplikasi Popular
- Jualan Kilat Huawei - Diskaun Sehingga 70%, Anda Boleh Jimat RM4500
- Permainan Mudah Alih Dengan Watak Chuck Norris Sudah Boleh Dimuat Turun Sekarang
- Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nintendo Switch
- Pusat Beli Belah Ini Sediakan "Bilik Rehat" Bagi Para Suami
- Huawei P20 Pro Dinobat Telefon Pintar Terbaik 2018 Oleh EISA
- Apple iMac 2017 Sudah Mula Ditawarkan Di Malaysia
- Instagram Sedang Menguji Ciri Baru