Ini 5 Laman Web Paling Banyak Pengguna Cuba "Unblock" Di Seluruh Dunia

Penyelidik dari NordVPN telah menjalankan kajian ke atas platfom laman-laman internet paling banyak disekat diseluruh dunia.

Metod yang digunakan dalam kajian tersebut adalah dengan menggunakan kata kunci carian "unblock" dalam tempoh 30 hari di seluruh dunia.

Hasil daripada kajian tersebut didapati, platfom video popular iaitu YouTube adalah platfom yang tertinggi cuba dinyah halang pengguna bagi membolehkan mereka mengaksesnya iaitu pada kadar peratusan 82.69%.

Ia diikuti oleh Facebook iaitu pada kadar 6.22%, Google 5.71%, Instagram 1.76% dan laman Reddit 1.46%.



Malah, Malaysia tersenarai di kedudukan ke-4 daripada 20 negara teratas di dunia di mana pengguna menggunakan kata carian "unblock" bagi mengakses laman YouTube.



Sumber: PCMag