Ini 5 Fungsi Baharu Yang Mungkin Hadir Pada WhatsApp Tidak Lama Lagi

Penggunaan aplikasi WhatsApp menjadi semakin popular dari hari ke hari. Mana tidaknya, dengan hanya mempunyai sambungan internet, anda boleh berhubung dengan rakan anda tanpa sebarang kos tambahan.

Seperti kebanyakan aplikasi lain, WhatsApp juga secara berterusan menerima fungsi-fungsi baru bagi memenuhi kehendak pengguna. Jadi, apa pula pembaharuan yang akan dibawa oleh pembangunnya ke aplikasi WhatsApp dalam kemaskini akan datang?

Untuk mengetahuinya, jom kita baca lima fungsi baharu yang mungkin akan hadir pada WhatsApp dalam kemaskini akan datang.

1. Mod atau tema gelap

Kapsyen: Wccftech


Ini adalah antara fungsi yang paling dinanti-nantikan oleh pengguna WhatsApp. Selain dapat mengelakkan mata berasa cepat penat, mod atau tema gelap juga dapat membantu dalam menjimatkan penggunaan tenaga bateri.

Mungkin ramai yang mencadangkan untuk muat turun sahaja aplikasi WhatsApp pihak ketiga seperti GBWhatsapp dan sebagainya bagi menikmati fungsi ini.

Namun ada diantara kita yang lebih suka untuk kekal menggunakan aplikasi rasmi yang diiktiraf pada peranti milik mereka.

2. Panggilan suara berkumpulan secara terus



Pada ketika ini, pengguna WhatsApp sudah pun boleh membuat panggilan bersuara secara berkumpulan. Tetapi ia hanya boleh dibuat ketika anda sudah pun berada dalam talian bersama seorang pengguna lain.

Ia mungkin akan berubah tidak lama lagi apabila WhatsApp dikatakan akan membolehkan pengguna membuat panggilan berkumpulan secara terus bersama tiga orang pengguna lain. Satu butang khas untuknya didakwa bakal disediakan nanti.

3. Pratonton video di bar notifikasi



Pengguna pada hari ini boleh membaca dan membalas mesej bertulis, melihat gambar atau mendengar mesej suara terus dari bar notifikasi. Mungkin selepas ini, anda boleh menonton video pula melaluinya.

Bagaimanapun, timbul persoalan bagaimana sekiranya kiriman video itu disertai oleh mesej-mesej lain selepasnya. Mungkin itu akan difikirkan oleh pembangun WhatsApp kelak.

4. Memainkan mesej suara berterusan secara automatik

Kapsyen: News4C


Ini antara fungsi baharu yang saya nantikan secara peribadi. Saya kurang suka apabila rakan menghantar 3 atau 4 mesej suara sekaligus, saya perlu menekan butang 'Main' pada setiap satu kiriman untuk mendengarnya.

Dengan fungsi baharu ini, masalah itu dijangka akan selesai. Kiriman suara yang seterusnya akan dimainkan secara automatik sekiranya lebih dari satu mesej suara dihantar secara berturut-turut.

5. Ranking kenalan

Kapsyen: CNet


Fungsi ini sesuai dengan reputasi WhatsApp sebagai aplikasi yang sering digunakan pada telefon pintar. Ini kerana ia akan menggunakan "kepintaran'-nya untuk menyusun senarai kenalan mengikut urutan.

Ini bermakna, semakin kerap kita berhubung dengan seseorang kenalan di WhatsApp, namanya akan berada di kedudukan lebih tinggi pada laman "CHATS" dalam aplikasi tersebut.

Walaubagaimanapun harus diingatkan, sesuai dengan tajuk artikel ini, mungkin tidak semua dari lima fungsi di atas akan dibawa ke aplikasi WhatsApp dalam kemaskini selepas ini.

Penyenaraian ini dibuat berdasarkan fungsi-fungsi yang telah diuji oleh pembangun WhatsApp dalam beberapa versi beta yang dikeluarkan sebelum ini.

 

Sumber: Business Today     @WABetaInfo

Berkaitan