Ini 10 Perkara Tentang Huawei Mate 30 Pro Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

1. Peranti Pertama Dengan Dwi-Kamera Utama


Huawei mate 30 Pro hadir dengan tetapan dua kamera utama, pertama kamera ultra lebar Cine 40MP. Dengan menggunapakai sensor RGGB, ia ditugaskan untuk mengambil gambar cerah dalam keadaan kurang cahaya. Manakala kamera kedua 40MP SuperSensing pula menggunakan sensor RYYB memfokuskan kepada pengambilan perincian untuk gambar yang lebih jelas.



Kombinasi Kamera Cine dan SuperSensing memberikan penambahbaikkan yang ketara berbanding iterasi sebelumnya. Bersama sokongan fungsi Ultra Stable Recording dan Ultra Low-light Wide Time-lapse, anda boleh menjangkakan rakaman video yang kurang gegaran dan lebih sinematik.

2. Rakaman Video Gerak Perlahan Sehingga 7680fps!


[embed]https://www.youtube.com/watch?v=_BThDkkqtgc[/embed]

Apa yang menariknya lagi peranti ini turut menawarkan rakaman video gerak perlahan 7680fps. Ini bermakna anda berupaya merakam 7680 keping gambar dalam masa satu saat! Fungsi ini adalah yang pertama seumpamanya dalam industri telefon pintar.

Untuk rakaman video, peranti ini mampu merakam video 4K pada 60fps, dengan tetapan ISO tertinggi pada 51,200, rakaman video bokeh secara real time dan sokongan 4K HDR+ Cinematic Time-lapse.

3. Dilengkapi Dengan 6 Kamera Keseluruhannya




Disamping dua kamera utama 40MP Cine dan SuperSensing, Mate 30 Pro turut dibekalkan dengan kamera telefoto 8MP dengan keupayaan penzuman optikal sehingga 3X dan zoom hibrid 5X dan 30X zoom digital. Walaupun sudah tidak mengekalkan modul periskop seperti siri P30 sebelum ini, ia masih lagi diberikan sokongan OIS dan penstabilan imej AI untuk mengurangkan rakaman bergegar semasa zoom.

Huawei turut menyertakan sensor 3D TOF, digunakan sebagai sensor kedalam untuk memberikan imej bokeh yang lebih sempurna. Sensor 3D TOF turut diletakkan dibahagian depan peranti bersama kamera swafoto 32MP memandangkan rakaman melalaui kamera hadapan adalah sangat penting terutamanya di sosial media.

4. Isyarat Kawalan Pintar AI


Selain digunakan sebagai sensor kedalam, sensor 3D TOF juga digunakan untuk mengenalpasti gerak isyarat dan wajah. Melalui data yang diambil oleh sensor 3D ini, Mate 30 Pro akan menggunakan cip NPU untuk mempelajari dan memperbaiki arahan yang diterima memberikan sistem nyahkunci peranti yang lebih pantas.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Twn4bOBhxPo[/embed]

  • Isyarat udara: Ciri ini membenarkan pengguna mengawal Mate 30 tanpa menyetuh peranti. Sangat membantu ketika anda sedang makan dengan tangan penuh dengan nasi. Hanya perlu menggunakan isyarat tangan anda boleh menukar video di Instagram dengan mudah misalnya.

  • Joystick: Fungsi ini sangat berguna kepada kaki gaming. Dengan menggunakan sepenuhnya skrin lengkung di bahagian tepi peranti, anda boleh bermain game dengan butang tambahan seperti menggunakan joystick, alat kawalan permainan konsol.

  • Butang Laras Suara: Peranti ini juga terpaksa mengorbankan butang fizikal dibahagian tepi peranti. Maka dengan itu, pengguna boleh menyentuh skrin sisi sebanyak dua kali untuk mengaktifkan butang laras suara secara virtual.


5. Auto-Rotate Skrin Lebih Bijak


[embed]https://www.youtube.com/watch?v=HcqX9RMRNec[/embed]

Ciri ini dapat mengenalpasti kedudukan mata anda untuk menetapkan orentasi yang betul semasa anda menggunakannya berbanding bergantung kepada kedudukan peranti menggunakan sensor gyro. Anda tidak perlu lagi risau tentang orentasi skrin ketika anda baring dan sedang enak menikmati video kesukaan anda.

6. Penggunaan Yang Lebih Privasi


[embed]https://www.youtube.com/watch?v=SJmzDHod8dk[/embed]

Huawei Mate 30 turut dilengkapi dengan ciri AI Private View dimana ia sangat berguna jika anda tidak mahu orang disekeliling mengintip apa yang sedang anda lakukan. Ciri ini akan menyembunyikan mesej jika terdapat wajah yang tidak dapat dikenalpasti.

Selain daripada keselamatan sistem nyahkunci pengimabasan wajah dan jari, ia turut memiliki sistem keselamatan CC EAL 5+7 berasingan antara data peribadi dan info perbankan.

7. Hidup Dengan Lebih Bahagia Dengan Ekosistem Huawei


[embed]https://www.youtube.com/watch?v=t_2er3aGmz8[/embed]

Dengan antaramuka EMUI 10, anda boleh memindahkan paparan skrin dari Mate 30 ke Matebook dengan mudah, tanpa perlu sambungan internet. Fungsi yang dipanggil Multi Screen Collaboration ini membolehkan pengguna menyambung menyiapkan tugasan yang sedang dilakukan di telefon dan beralih ke komputer riba. Anda juga boleh drag and drop fail antara telefon dan komputer riba dengan mudah.

8. Pengecasan Pantas Tanpa Wayar, Pertama Seumpamanya


[embed]https://www.youtube.com/watch?v=9g_Bpp5Xfac[/embed]

Barisan siri Mate sememangnya dikenali sebagai peranti berkuasa dan siri Mate 30 kali ini juga tidak terkecuali. Huawei Mate 30 Pro dibekalkan dengan saiz bateri 4,500 mAh, dengan mudah dapat bertahan seharian sehingga ke malam dengan satu pengecasan penuh.

Diuruskan dengan cip pemprosesan pintar, peranti ini dapat memastikan bateri digunakan dengan lebih efisyen. Kali ini Huawei turut menambahbaik pengecasan tanpa wayar mereka sehingga 27W! Kebanyakkan telefon pintar dengan pengecasan berwayar pun tidak sepantas ini. Malah pengecasan berbalik (revers charging) adalah 3X lebih pantas dari sebelum ini.

9. Cip Pemprosesan Yang Lebih Berkuasa




Huawei Mate 30 kali ini tampil dengan lebih berkuasa bersama cip pemprosesan baru Kirin 990. Dengan binaan 7nm, cip ini dapat memastikan prestasi terpantas dan pemprosesan imej yang lebih tangkas. Dengan bantuan NPU, keupayaan AI turut ditambahbaik.

10. Rekaan Seksi Dengan Skrin Melimpah Di Sisi Peranti




Dengan perkenalan Huawei Mate 30 Pro, ia dilihat satu strategi yang sangat berani oleh pihak Huawei dengan memperagakan skrin meliputi sebahagian besar sisi peranti. Kaca skrin melengkung sehingga 88 darjah memberikan pengalaman menonton yang mengasyikkan.

 



Sebagai rangkuman, Huawei akan membuat jualan besar-besaran untuk produk-produk gaya hidup pintar yang dinyatakan (Huawei Mate 30 Pro, Huawei x Gentle Monster Eyewear, Huawei Watch GT2, Huawei Freebuds 3, dan Huawei Matebook 13) serta berbagai lagi produk lain di kesemua kedai Huawei bermula dari 15 November ini.

Harga jualan rasmi untuk Huawei Mate 30 adalah RM2799 dan Huawei Mate 30 Pro diletakkan pada nilai RM3899. Berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan untuk peranti lain

Matebook 13                         - RM3,599

Watch GT 2                           - RM799

Huawei X Gentle Monster -  RM1,599

Freebuds 3                            - RM 679

WiFi Q2 Pro                          - RM499

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan tersebut, anda boleh layari kiriman Facebook Huawei Malaysia serta layari laman rasmi Huawei Malaysia untuk ketahui lebih lanjut lagi mengenai produk-produk yang djiual oleh Huawei.

 

Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia