Ingin Ke Stesen Antarabangsa Angkasa Lepas? Kini Boleh Dengan Google Street View

Google Street View merupakan peta interaktif yang membolehkan pengunjung merasai berkunjung ke tempat tersebut tanpa perlu berada di sana secara fizikal.


Google maju selangkah lagi dengan menambah lokasi Stesen Antarabangsa Angkasa Lepas (ISS).

Jika selama ini kita hanya dapat melihat dari jauh samada dari dalam bentuk imej dan video mahupun secara langsung.

https://youtu.be/g-37kkzFJ1A

Pada hari khamis, Google berkata kemaskini terbaru merangkumi 15 modul dari ISS dan juga dok kenderaan pelawat di dalam suasana 360°.

Perkembangan itu dilancarkan sempena ulang tahun ke 48 misi pendaratan manusia di permukaan Bulan.



Di dalam blog Google, angkasawan Agensi Angkasa Lepas Eropah, Thomas Pesquet berkata Google Street View boleh menunjukkan di mana angkasawan bersenam, jenis makanan yang mereka makan dan di mana eksperimen saintifik dijalankan.

Kini semua orang boleh menjadi angkasawan

Sumber

 

Berkaitan