Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ingatkan Oren, Tapi Rupanya Inilah Warna Sebenar Matahari

Ingatkan Oren, Tapi Rupanya Inilah Warna Sebenar Matahari

Diterbitkan Januari 11, 2022 · Dikemas kini Januari 12, 2022 oleh ariff bukhari

Matahari adalah bintang paling hampir dengan Bumi yang memberi banyak kesan kepada kehidupan dan teknologi di Bumi. Sangat indah untuk diamati lebih-lebih lagi saat terbenamnya dibalik lautan.

Kebiasaannya, orang mengenali matahari dengan mengatakan bahawa warna matahari adalah oren, kuning dan merah. Tetapi sebenarnya tahukah anda bahawa warna-warna itu bukanlah warna sebenar bintang tersebut. Sebaliknya, warna sebenar matahari adalah berwarna putih.

Adalah normal kepada kita dengan mengatakan yang matahari berwarna oren, kuning atau merah. Bagi menjelaskan kenapa ini berlaku, kita boleh melihat kepada warna pelangi yang terhasil daripada cahaya matahari yang dibengkokkan (dibias) apabila terkena air hujan atau pancuran air.

Apabila dibiaskan, cahaya matahari akan menghasilkan 7 warna iaitu  merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila (indigo) dan ungu lembayung (violet).

Dan apabila disatukan kesemua tujuh warna itu maka warna yang akan terhasil adalah warna putih atau saintis memanggilnya sebagai  “white light.”

Maka warna pelangi membuktikan bahawa putih adalah warna sebenar matahari.

Ingatkan Oren, Tapi Rupanya Inilah Warna Sebenar Matahari
Terdapat 2 lagi warna pelangi yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana berada di luar spektrum mata manusia iaitu inframerah (infrared) dan ultraungu [ultraviolet (UV)].
Bagi memerhati matahari, pihak NASA menggunakan teleskop khas seperti Solar Dynamics Observatory (SDO), Solar Terrestrial Relations Observatory (STEREO) dan teleskop dari satelit ESA/NASA Solar and Heliospheric Observatory (SOHO)

Menerusi teleskop-teleskop khas tersebut, saintis boleh menjejaki bagaimana partikel dan haba bergerak di atmosfera matahari.

Ingatkan Oren, Tapi Rupanya Inilah Warna Sebenar Matahari
13 imej berbeza yang dirakam dari teleskop SDO.

Sumber: stanford, NASA, National Geographic Society,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY