Infrastruktur Jalur Lebar Malaysia Dinaik Taraf, Kemudahan Internet Akan Menjadi Pantas Tidak Lama Lagi

Kemudahan internet kini boleh diibaratkan sebagai keperluan.

Pelbagai langkah telah diambil pihak berwajib untuk memastikan kemudahan ini sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.

Menurut laporan dari akhbar New Straits Times, Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad, akan menaik taraf kemudahan jalur lebar dalam negara secara berperingkat.

Kerja-kerja naik taraf kendalian TM tersebut sudah pun bermula pada bulan lalu dan dijangka akan tamat pada penghujung tahun ini.

Selain itu, KKMM memberitahu pakej internet yang ditawarkan masih kekal pada harga yang sama tetapi dengan kelajuan yang lebih baik.

Diramalkan dalam masa dua tahun lagi, pakej data akan berkelajuan dua kali ganda dari kelajuan sedia ada tetapi dengan penawaran harga 50% lebih rendah.

Hal ini telah dibentangkan oleh pihak KKMM pada Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung minggu lalu sekaligus menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, berkenaan tindakan kerajaan terhadap penambahbaikan kemudahan internet di Malaysia.

Sumber: New Straits Times