Info Tertiris Memperlihatkan Casing Airpods Baru Dengan Fungsi Power Bank

Apple sedang mempertimbangkan menambah sistem pengecasan yang diketengahkan oleh casing AirPods supaya ia boleh berfungsi sebagai dock pengecasan tanpa wayar mudah alih yang boleh dijadikan tempat rehat & rawat peranti Apple yang lain.

Rekaan baru yang ditampilkan ini memperlihatkan rekaan lama Airpods dengan penambahan simpanan kuasa untuk kapasiti pengecasan yang lebih tinggi.

6a0120a5580826970c01bb098e3bca970d-800wi

Casing Airpods ketika ini memiliki kapasiti 398 mAh sahaja. Sangat kecil. Untuk mengecas Apple Watch sahaja memerlukan 273 mAh. Jadi secara logiknya casing generasi baru ini mungkin akan mempunyai rekaan yang lebih besar untuk bateri yang lebih besar.

6a0120a5580826970c01b8d2757af9970c-800wi

Walaupun konsep ini mungkin kelihatan mudah, ianya semestinya mendatangkan manfaat yang pasti digemari untuk pelanggan Apple, yelah bateri iPhone tu besar mana sangat kan. Asyik bateri drain je, sehari dua-tiga kali kena cas. Jadi, dengan adanya casing Airpods yang boleh dijadikan powerbank ni, maka bergetarlah kepala semua pengguna iPhone.

Rekaan casing baru Airpods generasi ke-2 ini masih lagi dalam bentuk paten. Jauh lagi perjalanan proses pembuatan yang sebenar. Jadi kami jangkakan casing Airpods yang boleh mengecas ini tidak akan tampil bersama iPhone 8 tahun ini.

Sumber