Info Tertiris HTC Ocean Mengesahkan Rekaan Touch Sensitive Frame bersama Cip Pemprosesan Snapdragon 835

Mengikut khabar angin sebelum ini tentang HTC Ocean yang bakal ditampilkan bersama sistem operasi Sense 9 yang berwajah baru. Antara yang menarik tentang sistem operasi ini ialah ciri Edge Sense yang membenarkan pengguna mengawal pelbagai tugas dengan rekaan antaramuka yang sangat futuristik.

Ianya menggunakan teknologi Touch Sensitive Frame, dimana pengguna dapat memberi input dengan menyentuh badan telefon sahaja (mengikut tekanan gengaman tangan) tanpa perlu menyentuh langsung skrin sentuh ! Mereka meletakan sensor di bahagian tepi frame atau bingkai peranti.

[embed]http://https://www.youtube.com/watch?v=hraVoqlowJU[/embed]

Jadi pengguna dapat meyesuaikan sendiri sensitivity gengaman mengikut citarasa tugasan yang anda mahu tetapkan. Kalau genggam kuat sikit boleh boleh jawab panggilan atau pegang lagi kuat untuk buka aplikasi kamera, ikut suka.

htc-ocean-leak-8

Selain itu, peranti ini juga akan menampilkan 2 mod rakaman suara iaitu 3D Audio bersama rekabentuk 4 mikfrofon, membolehkan rakaman suaran yang lebih meluas. Mod yang kedua adalah Hi-Res yang menumpukan pada rakaman suara yang lebih terperinci tanpa kehilangan kualiti.

htc-ocean-Leak-11

Tetapi seperti biasa HTC sekali lagi menawarkan bateri yang agak kecil untuk peranti flagship iaitu hanya pada 3000mAh. Peranti ini dimuatkan dengan cipset terbaru Snapdragon 835 bersama pilihan RAM 4/6GB. Paparan dibina dengan saiz skrin 5.5 inci WQHD bersama Gorilla Glass 5.

htc-ocean-leak-4

Peranti ini dikhabarkan akan dilancarkan pada pertengahan bulan April ini. Harganya masih belum dapat kami pastikan tetapi pada pemerhatian kami, harga peranti ini mungkin akan setaraf dengan peranti flagship lain seperti S8 atau P10 Plus.

Sumber