Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Purple Collection

Infinix Lancar Komputer Riba Pertamanya Di Malaysia, XBOOK 14 Neo Bermula RM2,199

Diterbitkan November 11, 2026 oleh Amsyar Latif

Infinix secara rasmi memasuki pasaran komputer riba Malaysia dengan pelancaran Infinix XBOOK 14 Neo, yang ditawarkan pada harga bermula RM2,199.

Komputer riba pertama Infinix untuk pasaran tempatan ini hadir dengan dua pilihan pemproses, iaitu Intel Core i3-1315U dan Intel Core i5-1335U, yang menyasarkan pelajar serta golongan profesional muda untuk tugasan harian.

Dari segi reka bentuk, Infinix XBOOK 14 Neo mempunyai berat hanya 1.2kg, dengan binaan menggunakan aluminium berkekuatan tinggi dan bahan komposit gentian karbon. Ia turut menerima pensijilan ketahanan MIL-STD-810.

Komputer riba ini dilengkapi paparan FHD+ 14 inci dengan nisbah aspek 16:10, memberikan ruang menegak lebih luas berbanding skrin 16:9. Engselnya juga boleh dibuka sehingga 180 darjah.

Menurut Infinix, XBOOK 14 Neo menawarkan hayat bateri melebihi 10 jam, selain menyokong pengecasan pantas USB-C Power Delivery (PD) 65W.

Bagi menguruskan suhu, ia menggunakan sistem penyejukan Ice Storm 4.0 dengan kipas berketumpatan tinggi serta dua mod prestasi yang boleh ditukar melalui pintasan Fn + O.

Ciri lain termasuk papan kekunci berlampu latar, dua pembesar suara dengan DTS Audio, dua port USB-C, HDMI, bicu audio 3.5mm serta suis fizikal untuk mematikan kamera dan mikrofon.

Infinix XBOOK 14 Neo turut menyokong fungsi PC Connection, yang membolehkan pengguna mencerminkan skrin telefon, menggunakan tablet serasi sebagai paparan kedua serta berkongsi papan klip dan fail antara peranti Infinix yang disokong.

XBOOK NEO 14 Infographic

Untuk pasaran Malaysia, XBOOK 14 Neo ditawarkan dalam dua konfigurasi:

  • Intel Core i3-1315U, RAM 8GB, storan 256GB – RM2,199
  • Intel Core i5-1335U, RAM 8GB, storan 512GB – RM2,699

Tiga pilihan warna disediakan, iaitu Twilight Purple, Shadow Blue dan Volcano Grey.

XBOOK 14 NEO

Infinix XBOOK 14 Neo mula dijual di Malaysia pada 10 November 2026, menerusi Infinix Brand Store seluruh negara serta kedai rasmi Infinix di Shopee dan TikTok Shop.

Selain komputer riba tersebut, Infinix turut mengetengahkan tablet XPAD 30 Pro dan fon telinga ZCLIP 2 Pro sebagai sebahagian daripada ekosistem perantinya.

Berkaitan

  • (Ulasan) Infinix GT 50 Pro - Prestasi Gaming Gagah Tapi Harga RM1,899 Terlalu Banyak Pesaing Terdekat
  • Infinix Genie Badge Kini Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM249

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Samsung Lancar SSD Mudah Alih Baharu Di Malaysia, Harga Dari RM1,170 Hingga RM9,300
  • Claude Kini Ada Sheets Dan Whiteboards, Anthropic Bersaing Dengan Microsoft Dan Google
  • Nvidia Dan Jensen Huang Kini Berdepan Saman Selepas Isu Hubungan Sulit
  • Pengguna Claude Pro Boleh Guna Fable 5.2 Tanpa Caj Tambahan Sehingga 17 November
  • PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV
  • Terlupa Kata Laluan MyDigital ID? Kini Boleh Tetapkan Semula Tanpa Batal Sijil Digital
  • Lori Bawa Kargo Milik NVIDIA Bernilai ~RM46 Juta Dilaporkan Hilang
©2026 WISER.MY