Indonesia Sekat Laman Web nikahsirri.com, "Mengubah Zina Menjadi Ibadah"

"Mengubah zina menjadi ibadah", itulah tagline yang digunakan sebuah laman web cari jodoh di Indonesia yang baru sahaja disekat aksesnya oleh Kementerian Komunikasi dan Informatika.

Nikahsirri kononnya menawarkan perkhidmatan mencari jodoh berasaskan Islam tetapi para pengguna perlu membida sejumlah wang bagi mendapatkan pasangan. Platform ini menyasarkan mereka yang masih dara supaya "harga jualan" semakin tinggi.

Tindakan sekatan keatas laman web terbabit telah dibuat  Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) setelah mereka menerima maklum balas kurang senang dari masyarakat.

Terdapat dua jenis pengguna di dalam laman nikahsirri...

  1. Mitra (pihak yang akan dipilih)

  2. Klien (pihak yang akan memilih)


Untuk menjadi klien, pengguna perlu membeli "mahar" dengan nilai Rp100,000 (~RM31) dengan membayarnya terus kepada pemilik laman web, Arif Wahyudi, dan selepas itu mereka akan diberikan kata laluan untuk mengakses laman berkenaan.

Arif mendakwa, dia hanya mengambil untung 20% dari nilai mahar yang dibeli. Mahar itu juga mempunyai tempoh laku seumur hidup dan turut boleh diwariskan atau dijual kepada orang lain.

Pihak Nikahsirri juga menjanjikan pulangan lumayan kepada Mitra kerana mereka akan memperolehi keuntungan dari nilai bidaan yang dibuat.

Pelbagai reaksi negatif yang diluahkan masyarakat kerana mereka menganggap ia tidak ubah daripada laman "melelong dara". Justeru itu, tindakan diambil oleh Kominfo dianggap wajar.

Sumber: Viva