Indonesia Mengugut Untuk Menghentikan Servis WhatsApp Selepas Imej GIF Beredar Di Dalam Aplikasi Tersebut

Kerajaan Indonesia pada hari isnin mengugut akan menghentikan servis untuk WhatsApp kerana imej GIF yang berbaur lucah wujud dalam aplikasi perbualan terkenal itu.

Pada hari selasa, Ketua Pengarah Kementrian Komunikasi Dan Maklumat Indonesia telah memanggil wakil Facebook dan Google untuk bekerjasama dengan mereka bagi menghentikan imej-imej GIF lucah tersebut.

Pihak WhatsApp memberi respon dengan mengatakan mereka tiada akses untuk memantau kandungan mesej pengguna atas sebab penyulitan mesej itu sendiri. Insiden itu disambut dengan respon yang bercampur dari rakyat republik tersebut yang majoritinya beragama Islam.

Indonesia mempunyai pengguna aktif bulanan Facebook yang berjumlah 69 juta orang. Pengharaman servis WhatsApp di republik itu boleh mengakibatkan berjuta orang menghadapi masalah dalam menggunakan aplikasi tersebut sebagai medium perhubungan.

Sumber