Indonesia Arah Penyedia Internet Tapis Kandungan Pornografi

Kementeri Komunikasi dan Informatika (Kominfo) dilaporkan telah mengeluarkan arahan kepada penyedia internet negara itu untuk menyekat kandungan pornografi.

Bagi tujuan itu, ciri SafeSearch telah diaktifkan secara tetap pada enjin carian Google dan setiap carian berkenaan seks dapat disekat.

Ketua aplikasi dan informatika dari Kominfo, Samuel A. Pangarepan memberitahu, cara tersebut dapat menghalang kandungan pornografi dari terpapar sebagai hasil carian, walaupun dengan menggunakan katakunci seperti porn atau sex.

Pun begitu, ciri terbabit masih belum benar-benar mujarab kerana ia hanya menyekat dibahagian laman web, dan carian imej sementara bahagian video masih lagi belum dapat dihalang sepenuhnya.

Langkah yang diambil kominfo ini adalah lanjutan dari laporan ibu bapa yang risau tentang anak-anak mereka. Difahamkan jumlah kanak-kanak membuat cari pornogragi semakin meningkat di Indonesia.

Sumber: Kompas

Berkaitan