India Tidak Membenarkan Kereta Panduan Sendiri Masuk Ke Negara Itu

Ketika gergasi-gergasi automotif berusaha menyempurnakan tekonologi panduan sendiri, India melalui menteri pengangkutan dan lebuhraya berkata India tidak akan membenarkan teknologi itu digunakan di negara itu.

Kenyataan itu keluar selepas wujud kebimbangan bahawa teknologi tersebut boleh mengurangkan peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

Negara itu memerlukan pemandu profesional dan kerajaan bercadang untuk membuka fasiliti untuk melahirkan ribuan pemandu yang baru.

Keputusan ini pula tidaklah memberi impak yang besar kepada negara tersebut kerana Google dan Uber tidak berminat untuk mengoperasikan teknologi panduan sendiri atas sebab keadaan jalan raya yang teruk dan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk.

Kerajaan India mengalukan pelaburan dari luar tetapi bersikap defensif berkaitan industri pengangkutan.

Ola dan Uber merupakan dua penyedia servis perkhidmatan terbesar untuk negara itu dan kedudukan mereka agak terancam.

Selepas timbul kes rogol berkaitan pemandu Uber, terdapat bantahan daripada rakyat untuk menutup servis pengangkutan tersebut kepada rakyat negara itu.

Walau bagaimanapun, kerajaan meneruskan usaha untuk mengawal selia servis e-hailing tersebut

Sumber