India Pula Bakal Menjadi Tuan Rumah Kepada Mobile World Congress (MWC)

Mobile World Congress atau lebih dikenali sebagai MWC merupakan pameran gajet terbesar di dunia. Setiap tahun. acara ini akan berlangsung di Barcelona pada bulan Februari dan di Shanghai, China pada bulan Jun-Julai.

Harini ini India mengumumkan mereka bakal menjadi tuan rumah ke-3 untuk acara MWC yang bakal dijadualkan berlangsung pada 27 September di Pragati Maidan di New Delhi selama 3 hari dan dijangka menyaksikan penyertaan daripada syarikat telefon pintar dan teknologi seperti Facebook, Huawei, Ericsson, Cisco dan banyak lagi.

Walaupun MWC di Barcelona memberi tumpuan kepada pasaran Antarabangsa, namun acara di Shanghai lebih tertumpu kepada pasaran China sahaja. Oleh sebab itu penganjuran MWC di India akan lebih menumpukan kepada pasaran Asia Tenggara. India telah menjadi salah satu daripada pasaran telefon pintar terbesar di dunia dan peluang menganjurkan acara MWC di India ini merupakan batu lonjatan untuk ke peringkat seterusnya.

"Ketika ini kami telah menjemput beberapa syarikat tempatan untuk menyertai acara ini. MWC di India akan memfokuskan perkongsian pengetahuan, pameran, start-up dan pembangunan kemahiran" Kata Ketua Pengarah COAI di India hari ini. Beliau juga berharap MWC dapat membantu merangsang perkembangan teknologi di India yang sedang berkembang pesat.

Sumber