Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
India Kini Punyai FAU-G, Alternatif Kepada PUBG Mobile

India Kini Punyai FAU-G, Alternatif Kepada PUBG Mobile

Diterbitkan September 6, 2020 oleh Helmi Samsuri

Awal bulan ini kita sedia melihat kerajaan India mengambil langkah mengharamkan sejumlah 118 aplikasi yang dimiliki pembangun dari China. Antara aplikasi popular yang terlibat adalah seperti PUBG Mobile, Mobile Legends: Pocket, Arena of Valor, TikTok dan WeChat.

Namun, ruang yang ditinggalkan aplikasi-aplikasi tersebut pastinya tidak terbiar kosong dan akan ada aplikasi lain menggantikannya. Contohnya Fearless and United -Guards yang disebut-sebut sebagai alternatif kepada PUBG Mobile.

Supporting PM @narendramodi’s AtmaNirbhar movement, proud to present an action game,Fearless And United-Guards FAU-G. Besides entertainment, players will also learn about the sacrifices of our soldiers. 20% of the net revenue generated will be donated to @BharatKeVeer Trust #FAUG pic.twitter.com/Q1HLFB5hPt

— Akshay Kumar (@akshaykumar) September 4, 2020

Aplikasi ini menjadi perhatian apabila ia diumumkan oleh pelakon Bollywood popular, Akshay Kumar pada akaun Twitter beliau beberapa hari lalu. Dipanggil sebagai FAU-G, ia merupakan aplikasi permainan aksi. Pemain bukan sahaja disajikan dengan aksi pertempuran, malah ia dikatakan dapat memberikan pengajaran tentang pengorbanan tentera India.

Selain itu, 20% keuntungan yang dijana aplikasi akan disalurkan kepada Atma Nirbhar Bharat (India bergantung kepada diri sendiri), gerakan yang memfokuskan kepada sektor seperti pertahanan, ubat-ubatan dan elektronik.

Buat masa sekarang, maklumat terperinci mengenai FAU-G masih belum dikongsikan, seperti penawaran hanya terhad kepada platform mudah alih sahaja ataupun turut membuat kemunculan di komputer.

Ia dikatakan bakal dilancarkan secara rasmi pada penghujung Oktober depan yang diterbitkan oleh syarikat penerbit permainan yang berpangkalan di Bengaluru.

Aplikasi ini dijangka akan mendapat sambutan hangat pengguna di India, sepertimana Indian Air Force:A Cut Above yang sudah dimuat turun lebih dari 1,000,000 kali dari Google Play.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY