India Bangunkan CPU Pertama Mereka Dikenali Sebagai "Shakti"

Selain negara China dan Eropah yang menunjukkan minat dalam membangunkan pemproses  tersendiri untuk mengurangkan kebergantungan kepada pengeluar seperti syarikat dari AS, India juga melakukan langkah yang sama melalui pembangun pemproses dipanggil Shakti.

Shakti diiumumkan oleh Kementerian Elektronik dan Teknologi Informasi India telah mula dibangunkan sejak 2016 lagi dan kini,  SDK(Software Developement Kit) untuknya telahpun dikeluarkan oleh Indian Institute of Technology (IIT) Madras. Melalui SDK tersebut, pembangun boleh mula membangunkan aplikasi bagi Shakti lebih awal walaupun ia belum lagi dikomersialkan.

Difahamkan, pengeluaran pemproses ini akan terbahagi kepada 6 kelas pemproses (E, C, I, M, S dan H), setiap satunya disasarkan untuk pasaran yang berbeza. Seperti contoh kelas E disasarkan untuk peranti IoT, platform robotik. Sementara itu, kelas C pula ditujukan pada beban kerja aplikasi pertengahan.

Pihak pembangun turut menjanjikan bahawa ia mampu bersaing dengan pemproses komersial lain dari segi prestasi dan penggunaan tenaga.

Sumber: First Post

 

Berkaitan