Impian Microsoft Untuk Peranti Telefon Pintar Sudah Berakhir

Hujung minggu lepas, Naib Presiden Korporat Microsoft, Joe Belfiore telah mengesahkan apa yang mungkin sudah diketahui oleh ramai yang Windows 10 Mobile sudah berakhir.

Ramai yang menjangkakan yang sistem operasi Microsoft akan gagal kerana peranti telefon pintar utama yang menggunakan sistem operasi Windows adalah Nokia Lumia 950 pada tahun 2015.

Sementara itu Microsoft tidak menutup pintu sepenuhnya dalamĀ  kategori telefon pintar dengan khabar angin yang Microsoft tengah mengusahakan peranti 'Surface' mereka.

Peranti itu dikatakan akan menggunakan fungsi stylus dengan skrin sensitif tekanan, sama seperti apa yang Apple gelarkan 3D Touch.

Sumber