Dilancarkan lebih kurang 3 bulan yang lalu, dah sudah terjual sekitar 1 juta unit setakat pertengahan bulan Julai lalu.
Kini, sebuah lagi Mi 8 Explorer tetapi dengan takuk yang lebih kecil mula diperkatakan di internet.
Imej yang diperolehi daripada laman TEENA itu menunjukkan rekaan lutsinar masih dikekalkan pada panel belakang. Panel hadapan pula kelihatan takuk yang lebih kecil.
Ramai berpendapat versi takuk kecil ini mungkin tidak dilengkapi dengan sensor imbasan wajah 3D.
Turut mengiringi imej tersebut adalah spesifikasi yang bakal ditawarkan iaitu pilihan RAM, 4GB, 6GB, dan 8GB digandingkan bersama storan seluas 64GB, 128GB serta 256GB.
Mengikut jejak langkah model utama adalah penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 845. Selain itu ukuran layar paparan saiz masih sama iaitu 6.21 inci dengan skrin AMOLED.
Tetapan kamera dwi utama belakang adalah gabungan 12MP dan hadapan menggunapakai lensa 20MP.
Harga anggaran untuk model ini adalah sekitar 2699 yuan - 3699 yuan(~RM1611.97- RM 2209.21).
Sumber: TEENA via GSM Arena
Berkaitan
- Android Blacklist - Senarai Aplikasi Android Yang Berpotensi Ganggu Privasi Pengguna
- Inilah 10 Carian Google Yang Popular Di Malaysia Bagi Tahun 2017
- Polis Bantuan YTL Guna Teknologi Terkini Bantu Kenal Pasti Penjenayah
- Grup Chat Telegram Kini Boleh Menampung Sehingga 30,000 Orang Pengguna
- Perisian Hasad Ini Tidak Boleh Dipadam Walaupun Factory Reset Dilakukan
- Masjid Akram Dato Keramat Sediakan Mesin ATM Beras Untuk Asnaf
- Android 11 Developer Preview - Apa Yang Baru?
- Samsung Patenkan Pengimbas Cap Jari Dalam Paparan Untuk Skrin Penuh
- TM Dan Huawei Bekerjasama Sediakan Perkhidmatan Jalur Lebar Yang Lebih Baik
- Mi 9T Pro Dikhabarkan Hadir Penghujung Ogos Ini