Imej vivo S7 Dedahkan Rekaan Kamera Sama Seperti X50 Pro

Pelancaran vivo S7 dijadual akan berlangsung pada 3 Ogos ini. Terbaru, syarikat itu telah mengacah satu gambar yang mendedahkan tetapan kamera dan warna yang akan hadir dalam peranti itu.

Menerusi gambar tersebut, rekaannya dilihat sama seperti vivo X50 Pro dimana kamera utama hadir dengan lensa yang besar melalui tetapan modul segi empat. Bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara yang memperlihatkan ia tidak dimuatkan dengan sensor periskop.

vivo s7

vivo S7 dijangka hadir tanpa bicu audio 3.5mm dan sekurangnya ia akan menyokong port USB-C. Dari segi kamera, terdapat takuk yang memuatkan kamera swafoto. Peranti ini juga kemungkinan akan dilengkapi skrin paparan AMOLED dengan pengimbas UD.

Untuk maklumat rasmi mengenai vivo S7, nantikan pelancaran pada 3 Ogos nanti.

Sumber: GSMArena