Kini terdapat imej tular yang dikatakan cip 5G di dalam vaksin untuk Covid-19. Dikatakan ia dikongsi secara beramai-ramai di Itali yang memperlihatkan imej dikatakan litar elektrik cip 5G tersebut. Namun adakah ia benar?
Here in Italy people started to share this figure claiming that this is the diagram of the 5G chip that has been inserted in the covid vaccine.
In reality it is the electric circuit of a guitar pedal and I believe that putting it in the covid vaccine has been an excellent ideađź’ˇ pic.twitter.com/qXKnv7VVly
— Mario Fusco (@mariofusco) December 28, 2020
Sudah tentu tidak. Imej tersebut adalah sebenarnya litar elektrik sebuah pedal kaki untuk gitar. Lebih tepat lagi adalah pedal gitar untuk Boss Metal Zone. Malahan, terdapat terma berkaitan seperti “bass”, “gain”, “treble”, dan “footswitch”.

Teori konspirasi lebih-lebih lagi berkaitan 5G dan Covid-19 begitu mudah tersebar pada era internet pantas ini. Walaupun dilihat seperti sebuah jenaka, jauh di sudut internet yang lain, sudah tentu ada yang mudah percaya bulat-bulat tanpa membuat kajian sendiri dan juga bertanyakan kepada yang ahli.
Sumber: Mario Fusco