Imej Telefon Pintar Mi A3 Terdedah Awal Di Internet

Juga spesifikasi kameranya.


Jika sebelum ini telah dilaporkan berkenaan ura-ura spesifikasi cip pemprosesan yang bakal digunakan pada model telefon pintar Mi A3. Hari ini pula imej penuh reka bentuk peranti itu pula telah terdedah lebih awal.

Malah ura-ura spesifikasi kameranya juga turut didedahkan. Ia pertama kali didedahkan oleh laman WinFuture.

Imej peranti tersebut didedahkan bersama warna yang dijangka akan digunakan pada Mi A3 nanti.



Daripada imej Mi A3 yang didedahkan itu, dapat dilihat bahawa peranti tersebut bakal dilengkapi dengan ciri 3 kamera belakang dan kamera tunggal di hadapan.

Kamera belakangnya dijangka dilengkapi dengan sensor 48MP manakala kamera hadapan pula adalah 32MP.

Menurut laman itu lagi, Mi A3 dikhabarkan akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 665 Octacore serta resolusi skrin 2,240 x 1,080 yang bersaiz 6 inci.

Sumber: Android Authority