Imej Spesifikasi Snapdragon 735 Dikatakan Mula Tersebar

Qualcomm sebelum ini sedia melancarkan dua cip terbaru dalam siri 7xx, Snapdragon 730 dan Snapdragon 730G.

Kini, satu lagi versi dikhabarkan bakal menyusul dengan nama Snapdragon 735 yang mana spesifikasinya didakwa sudah mula tersebar diinternet.



Dibangunkan dengan proses 7nm sepertimana Snapdragon 855, ia menghadirkan 8-teras iaitu 1 teras dari siri Kryo 400 dikunci pada kelajuan 2.9GHz serta 2.4GHz (mungkin Cortex-A76) manakala 6 teras 1.8GHz (mungkin Cortex-A55).

Bahagian grafik pula menggunakan Adreno dengan kadar kelajuan 750MHz dan berbeza dengan yang sebelumnya (Snapdragon 730), ia diintegrasikan dengan modem 5G.

Snapdragon 735 dijangkakan pengenalannya pada suku keempat tahun ini. Walaubagaimanapun, maklumat ini masih belum rasmi lagi dan kita nantikan pengumuman rasmi dari Qualcomm.

Sumber: SuggestPhone