Imej Sony Xperia XZ1 Tertiris, Tidak Banyak Perbezaan Dengan Siri Yang Lepas

Walaupun dijadualkan pelancarannya pada 31 Ogos hadapan, itu tidak menghalang daripada imej Xperia XZ1 daripada tertiris ke dalam internet.

Melihat kepada imej yang tersebar itu, tidak banyak perubahan reka bentuk jika dibandingkan dengan siri Xperia yang lepas.

Kita semua sudah tahu bahawa kebanyakkan telefon pintar yang dilancarkan pada 2017 mempunyai rekaan bezel yang nipis, tetapi tidak bagi Sony, kerana kelihatan XZ 1 hadir dengan bezel tebal.

Selain daripada itu, khabar angin turut menyatakan Xperia XZ 1 akan ditawarkan dengan variasi warna hitam dan juga merah jambu. Bagi spesifikasi tidak rasmi, peranti ini akan hadir dengan skrin paparan 5.2 inci, cip pemproses Snapdragon 835, RAM 4GB dan kamera utama 19 megapiksel.

Sudah tahun 2017 dan masih dengan yang lebih kurang sama tanpa sistem dwi kamera?



Sumber: Roland Quandt