Imej Sony Xperia A Dilaporkan Telah Tertiris, Menampilkan Rekaan Tanpa Bezel

Disaat pengeluar lain berlumba-lumba memperkenalkan peranti dengan rekaan melengkung-lengkung serta tanpa bezel, Sony dilihat masih tenang dengan rekaan sedikit petak dan bezel yang agak tebal.

Berdasarkan desas-desus dan imej yang mula tersebar, 2018 mungkin adalah tahun Sony menampilkan kelainan pada rekaan Xperia. Baru-baru ini telah muncul beberapa imej yang didakwa milik model Xperia A.

Melihat kepada imej, Xperia A mungkin hadir dengan rekaan skrin penuh tanpa bezel pada bahagian sisi serta bawah.



Terdapat sedikit bezel pada bahagian atas yang dipercayai menempatkan lensa kamera selfie, sensor dan juga speaker.

Rekaan kali ini nampak begitu kemas dengan setiap penjuru berbentuk melengkung dan seperti biasa pengimbas cap jarinya mungkin terletak ditempat yang sama iaitu pada butang kuasa.



Binaan panel belakang pula dikatakan diperbuat daripada logam dan kelihatan terletaknya tetapan dwi kamera pada penjuru kiri atas. Logo Sony juga kemas tersemat pada bahagian belakang.

Ura-ura mengatakan peranti ini bakal menggunapakai skrin paparan OLED berukuran 6 inci dengan sokongan 4K.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, menjalankan sistem operasi Android Oreo dan diramal pelancarannya akan berlangsung pada April 2018.



Dengan rekaan sebegini ringkas dan kemas, adakah anda berminat untuk memilikinya tahun hadapan?

Sumber: IT House