Imej Sebenar Samsung Galaxy S10e Tertiris, Tampil Dengan Rekaan Paparan Tebuk Yang Agak Besar

Samsung telah menjadualkan satu acara Unpacked bagi siri Galaxy S10 mereka di San Francisco pada 20 Februari ini.

Menjelang tarikh berkenaan, beberapa imej yang didakwa sebagai model sebenar Galaxy S10e telah tertiris atas talian beberapa hari lalu.


Kredit: 9to5Google


Antara yang dipaparkan dalam imej tersebut ialah saiz sebenar rekaan skrin tebuknya. Berbeza dengan model yang lebih premium, Galaxy 10e hanya mempunyai satu lensa kamera swafoto.

Ia juga dilihat mempunyai saiz yang lebih kecil namun ketebalan bahagian dagunya kelihatan sama seperti model Galaxy S10 lain.

Syarikat dari Korea ini akan memperkenalkan tiga variasi model Galaxy S10 iaitu Galaxy S10, S10+ dan S10e di mana S10e adalah model bajet atau "lite" bagi siri ini.

Kami menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai siri kelas perdana Samsung ini akan didedahkan menjelang 20 Februari nanti.

 

Sumber: 9to5Google