Imej Sebenar Huawei P30 Pro Didakwa Telah Tertiris

Huawei dijadual akan melancarkan siri Huawei P30 mereka dalam masa beberapa minggu lagi.

Bercakap mengenainya, imej sebenar peranti Huawei P30 Pro dikatakan telah didedahkan secara atas talian baru-baru ini.

Kapsyen: Slashleaks


Imej yang diperolehi dari laman Slashleaks ini menunjukkan peranti tersebut akan mempunyai tiga kamera utama dan satu lagi lensa yang dipasang berasingan, seperti yang didakwa sebelum ini.

Menariknya, salah satu daripada tiga lensa utama itu berbentuk petak dan bukannya bulat seperti kebiasaan.

Sumber memberitahu bahawa lensa berkenaan adalah sensor 10x zoom optikal, namun ia hanyalah andaian sahaja ketika ini.

Huawei dijadualkan akan memperkenalkan peranti ini secara rasmi pada 26 Mac ini di Paris. Kita mungkin akan mendengar lebih banyak berita mengenainya menjelang acara itu nanti.

 

Sumber: Android Authority