Imej Sebenar Asus Zenfone Max Pro M2 Tertiris Menjelang Pelancaran

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Asus bakal melancarkan telefon Zenfone Max Pro M2 dan Max M2 pada 11 Disember ini. Ketika tarikh tersebut semakin hampir, imej sebenar peranti berkenaan dilaporkan telah terdedah di portal-portal teknologi di internet.

Kapsyen: Kredit: WinFuture


Zenfone Max Pro M2 dijangka hadir dengan binaan kaca yang berkilau dan dikatakan kelihatan hampir sama dengan Zenfone 5Z. Malah, ia juga bakal mempunyai rekaan takuk yang lebih kecil sedikit berbanding Max M2.

Model ini semestinya menerima lebih tumpuan memandangkan ia menawarkan spesifikasi yang lebih berkuasa. Antara spesifikasinya ialah penggunaan cip Snapdragon 660 dan bateri berkapasiti tinggi 5,000mAh.



Bagi Zenfone Max M2 pula, ia kelihatan hampir sama dengan rekaan yang ada pada Max Pro M1 dahulu. Tambahan pula, ia juga menggunakan cip yang sama(SDM 636). Namun, kapasiti bateri bagi model ini berkemungkinan besar adalah sama seperti Max Pro M2.

Kita mungkin akan mendengar banyak lagi maklumat mengenai dua model baharu Asus ini menjelang pelancarannya kelak. Harga dan tarikh penjualannya pula dijangka hanya akan diketahui pada 11 Disember nanti.

 

Sumber: WinFuture

Berkaitan