Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
china hackers

Imej Satelit Dedah China Dilapor Besarkan Fasiliti Ujian Nuklear Di Wilayah Uyghur

Diterbitkan Ogos 3, 2022 oleh ariff bukhari

Laporan terbaru oleh Nikkei mendakwa kerajaan China dipercayai sedang membesarkan fasiliti ujian nuklear mereka.

Ia hasil daripada pengamatan ke atas rakaman imej satelit yang mendedahkan aktiviti perluasan tapak ujian nuklear Lop Nur China yang terletak di tenggara bahagian barat dalam Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur, China.

Menurut laporan itu, kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di bahagian tepi gunung dalam zon wilayah itu dan pecahan batu-batuan terkumpul berhampiran sebagai bukti terowong ke-6 untuk ujian sudah siap digali.Imej Satelit Dedah China Dilapor Besarkan Fasiliti Ujian Nuklear Di Wilayah Uyghur

Pakar analisis dari firma persendirian Amerika Syarikat (AS), AllSource Analysis berkata, China mungkin akan melaksanakan ujian berkaitan nuklear pada bila-bila masa.

Berkaitan perkembangan ini, China dilaporkan akan memiliki sebanyak 1,000 kepala peledak nuklear pada penghujung dekad ini.

China dikhabarkan bimbang dengan AS yang dilihat lebih berkuasa dalam senjata nuklear yang menggugat mereka.

Ekoran itu, ia memacu China untuk mencari lebih banyak senjata dan sistem yang cukup bagi mengukuhkan pertahanan untuk menangkis serangan misil AS.

Sumber: eurasiantimes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY