Imej Samsung Galaxy Watch 3 Tertiris, Hadir Dengan Bezel Lebih Nipis

Imej jam tangan pintar, Samsung Galaxy Watch 3 dilaporkan telah tertiris menerusi laman pensijilan Korea Selatan, NRRA. Imej yang didedahkan itu menunjukkan kedua-dua saiz bagi jam tangan pintar dengan nombor model SM-R840 bagi versi 41mm dan SM-R850 untuk model 45mm.

Rekaan jam tangan pintar itu menunjukkan bezel yang lebih nipis berbanding Galaxy Watch sebelumnya, serta kembali dengan bezel fizikal yang boleh diputarkan.

galaxy watch3

Terdahulu, jam tangan pintar ini telah disahkan Samsung Galaxy Watch 3 melalui pensijilan NBTC. Samsung Galaxy Watch 3 akan dimuatkan dengan paparan Gorilla Glass DX 1.2 inci bagi model 41mm dan 1.4 inci untuk versi 45mm, serta sokongan ketahanan air 5ATM.

Samsung Galaxy Watch 3 dijangka akan diumumkan pada bulan hadapan, bersama pelancaran Samsung Buds Live TWS.

Sumber: GSMArena

Beli Samsung Galaxy Watch dari:

Lazada (https://invol.co/clouno)

Shopee (https://invol.co/clounq)