Imej Samsung Galaxy Note 8 Yang Tertiris Membayangkan Pengimbas Cap Jari Dibina Di Dalam Paparan Skrin

Idea untuk menempatkan pengimbas cap jari ke dalam skrin paparan skrin bukanlah sesuatu yang baru kita dengar.

Idea ini telah berlegar untuk peranti seperti iPhone 8 dan ada dakwaan sebelum ini yang Samsung akan terlebih dahulu mengaplikasikan idea tersebut ke Galaxy S8.

Dan khabar angin itu meneruskan perjalanan ke peranti Samsung seterusnya iaitu Samsung Galaxy Note 8.

Satu imej yang telah dimuat naik oleh Poyoco Tech telah menampilkan rekaan skrin sama seperti Galaxy S8.



Berbeza pula dengan rekaan belakang peranti yang hanya menempatkan kamera dual dan logo AKG.

Logo AKG membayangkan audio peranti ini akan dioptimakan boleh AKG, sebuah firma audio yang telah dibeli oleh Samsung sebelum ini.

Sumber