Tidak seperti model sebelumnya yang menggunapakai kamera terangkat, Vivo S5 dilihat hadir dengan rekaan punch hole pada bucu kanan paparan manakala dibawah pula disertakan dengan ciri imbasan cap jari. Tiga butang penting yang sering digunakan, butang kuasa dan pelaras kelantangan bunyi disisipkan pada bahagian kanan.
Mata anda pastinya lebih tertumpu pada panel belakang dengan modul kameranya berbentuk segi empat, lain dari yang lain. Difahamkan kombinasi kamera terdiri daripada 48MP, 8MP ultra lebar, 5MP sensor kedalaman serta 2MP lensa makro.
Spesifikasi penuh peranti ini masih belum didedahkan lagi tetapi berdasarkan penyenaraian di TEENA, ia bakal tampil dengan Snapdragon 712, RAM 8GB dipadankan bersama memori simpanan 256GB. Menguasakan peranti pula adalah bateri 4010mAh dan untuk perincian lebih lanjut, kita tunggu perasmian yang berbaki kurang seminggu sahaja lagi.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- Diskaun Sehingga RM1200 Apabila Beli Telefon vivo Dari Lazada
- vivo Kini Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Di Malaysia
- Vivo NEX Dengan Dua Skrin Paparan Berkemungkinan Dilancar Pada 11 Disember Ini
- Harga Vivo V7+ Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan
- Vivo Y19 Hadir Dengan Tiga Kamera Dan Bateri 5000mAh
- Vivo NEX 3 5G Rasmi Dijual Pada Harga RM3899, Pra-Tempah Bermula Hari Ini
- Minat Nak Pakai Kamera Keluar Masuk? Vivo NEX Kini Rasmi Pada Harga RM2799
- ASUS Malaysia Umum VivoBook Ultra K403, Harga Bermula Dari RM2699
- vivo Lebarkan Sayap, Kini Masuk Secara Rasmi Di Enam Negara Eropah
- Sebuah Lagi Peranti Snapdragon 865 Dilancarkan, Kini Giliran Vivo