Imej Perbezaan Ikon Dari MIU V1 Sehingga MIUI 9

Pada awal permulaan antaramuka Xiaomi dikenali sebagai MIUI V1 yang dibangun pada tahun 2010 dan ia berasaskan Android Froyo.

Selama 7 tahun MIUI berevolusi dan terkini MIUI 9 sudah pun mula ditawarkan pada peranti Xiaomi di China. Dari satu versi ke versi yang lain, ia membawakan pelbagai perubahan dan yang paling mudah dilihat adalah dari segi rupa bentuk ikon.



Melihat kepada ikon MIUI yang terkini, tiada perubahan ketara yang ditonjolkan Xiaomi mungkin kerana kali ini mereka memberi lebih tumpuan kepada fungsi lain seperti contoh pengenalan ciri Split Screen, Smart Assistant, mod Picture-in-Picture dan beberapa ciri lain.

Apa pandangan anda terhadap ikon MIUI 9?