Imej Peranti Xiaomi BlackShark 2 Dengan Cip Snapdragon 855 Didakwa Telah Tertiris

Ketika Xiaomi memperkenalkan model Black Shark Helo beberapa bulan yang lalu, ia telah mengecewakan sebahagian besar peminat kerana ia masih ditawarkan dengan cip pemprosesan yang sama(SD845).

Kekecewaan itu dijangka akan terubat apabila Xiaomi dijangka akan melancarkan model Black Shark 2 dengan cip Snapdragon 855 dalam satu atau dua bulan mendatang.

https://twitter.com/xiaomishka/status/1100639909361184769

Menguatkan lagi dakwaan itu, satu imej yang dikatakan peranti berkenaan telah dimuatnaik oleh akaun Twitter @xiaomishka baru-baru ini.

Menurut imej berkenaan, peranti tersebut akan hadir dengan tetapan kamera utama dwi-lensa namun tidak terlalu jauh berbeza dengan generasi terdahulu.

Selain penggunaan Snapdragon 855, peranti ini juga dikatakan akan dilengkapi oleh sistem operasi Android 9 serta memori sebesar 8GB RAM selain pengecasan pantas 27W yang ada pada Xiaomi Mi 9.

Bagaimanapun, tiada tarikh pelancaran bagi peranti ini telah didedahkan setakat artikel ini ditulis.

 

Sumber: GizmoChina