Imej Peranti Sebenar Vivo Nex 3 Dengan Paparan Waterfall Screen

Vivo boleh dikatakan antara salah satu pengeluar yang kerap hadir dengan inovasi menarik pada peranti mereka dan ia boleh dilihat menerusi siri Nex mereka yang mula diperkenalkan tahun lalu. Bagi Nex generasi ketiga, mereka sedia mengacah  skrin paparan melengkung disisi yang dipanggil sebagai waterfall screen.



Setelah berkongsi lakaran peranti, imej yang memperlihatkan rekaan sebenar skrin paparan itu pula dimuat naik ke laman Weibo oleh Pengurus Produk Vivo. Sisi melengkung waterfall screen itu dikatakan hampir 90' dan masih belum dapat dipastikan nisbah sebenar paparan berkenaan.



Ia selari dengan lakaran yang diperlihatkan lebih awal sementara bahagian belakang masih belum didedahkan lagi.



Selain itiu, model ini dijangka akan ditawarkan dengan versi rangkaian 5G menerusi rakaman layar yang dibuat oleh pegawai kanan syarikat tersebut.