Imej Panel Skrin Paparan Huawei P10 Tersebar

Walaupun bakal dikeluarkan pada tahun hadapan, khabar angin serta kebocoran imej-imej Huawei P10 sudah membanjiri internet. Khabar angin awal yang diberitakan adalah tentang kamera dimana telefon pintar itu akan dilengkapi dengan dwi kamera.

Baru-baru ini, timbul pula berita mengenai dua imej yang dipercayai panel paparan hadapan untuk model P10 tersebut. Jika dilihat pada imej itu, kelihatan sensor pengimbas cap jari akan dipasang pada butang Home yang berbentuk oblong. Difahamkan peranti itu akan menggunakan teknologi pengimbas cap jari ultrasonic sama seperti yang digunakan pada Xiaomi Mi 5S.

huawei-p10-screen2

Huawei P10 dijangka tampil dengan skrin paparan Quad HD 5.5 inci, dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 960 dengan kelajuan 2.3GHz dan bergandingan dengan RAM 4GB serta 6GB. Untuk variasi high-end, Huawei menawarkan storan dalaman sehingga 256GB. Telefon pintar ini akan beroperasi menggunakan Android Nougat 7.0.

Seminggu yang lepas, syarikat pengeluar telefon pintar berpengkalan di China ini mengumumkan 9 juta unit Huawei P9 terjual dipasaran serata dunia. Di yakini dengan keluaran P10 pada tahun hadapan dapat menyaingi penjualan model P9.

huawei-p10-screen

 

Sumber: RayArena