Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Orion Nebula Ini Mengambil Masa 5 Tahun Untuk Disiapkan

Imej Orion Nebula Ini Mengambil Masa 5 Tahun Untuk Disiapkan

Diterbitkan Oktober 25, 2020 · Dikemas kini Oktober 25, 2020 oleh ariff bukhari

Seorang jurufoto astrofotografi bernama Matt Harbison telah berjaya merakam imej angkasa lepas yang dikenali sebagai Orion Nebula.

Menerusi projek Orion yang dimulakannya dalam bulan November 2015 dahulu, akhirnya dalam bulan Oktober tahun ini, beliau telah berjaya melengkapkan imej tersebut.

Sepanjang tempoh 5 tahun projek itu dilaksanakan, beliau telah merakam sebanyak 12,816 foto yang diasingkan kepada 267 panel.

orion nebula
Kredit: Orion 2020

Saiz data keseluruhan foto Orion Nebula yang dirakam itu pula adalah sebesar 2.5 gigapiksel. Bagi menyempurnakan imej itu, beliau mengambil masa selama 640.8 jam bagi merakam imej dan 500 jam lagi bagi menyunting gambar-gambar tersebut sehingga siap sepenuhnya .

Bagi merakam imej-imej itu pula, beliau menggunakan kamera QHY 16200 CCD APS-H  yang memang direka khas untuk astrofotografi.

Imej Orion Nebula Ini Mengambil Masa 5 Tahun Untuk Disiapkan
Tetapan kamera QHY 16200 CCD APS-H  yang dipasang pada teleskop bagi Projek Orion Matt Harbison. Kredit: Space 4 Everybody

Bagi menyunting dan menyusun imej-imej yang dirakam itu dengan sempurna pula, beliau pada awalnya menggunakan komputer Mac Pro yang dilengkapi 2 cip pemprosesan Xeon dan 64GB RAM pada tahun 2015.

Walaubagaimanapun, beliau kemudian beralih kepada komputer yang dilengkapi perkakasan yang lebih berkuasa iaitu AMD Threadripper dengan 24 teras dan 256GB RAM yang digunakannya sehingga kini.

Jika anda peminat bidang astrofotografi, anda bolehlah melayari laman Space 4 Everybody yang lengkap dengan dokumentasi perjalanan Projek Orion Matt Harbison.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY