Imej OnePlus 7 Pro Mula Dikongsikan, Rekaan Kemas Dengan Skrin Yang Luas

Acara pelancaran rasmi OnePlus 7 Pro hanya berbaki lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi. Menjelang hari pengenalan tersebut, pastinya banyak informasi dan imej-imej dikongsikan di internet.

Salah satu daripadanya adalah imej awal yang memperlihatkan rekaan OnePlus 7 Pro. Tampak lebih kemas berbanding model terdahulu, kini kita dibayangkan pula dengan kehadiran dua warna iaitu Mirror Grey dan Nebula Blue. Satu lagi warna yang dijangka hadir adalah Almond Brown, tetapi masih belum dapat dipastikan lagi.



Berdasarkan imej juga, skrin paparan luas melengkung disisi kiri dan kanan dengan bezel nipis. Lensa swafotonya disembunyikan menerusi penggunaan kamera hadapan terangkat. Harga jualan OnePlus7 Pro dijangka lebih mahal sedikit berbanding model sebelumnya, OnePlus 6T.

Sumber: Android Headline