Imej OnePlus 6T Edisi McLaren Didedahkan, Bakal Hadir Dengan Sistem Warp Charge Baharu

OnePlus dijadual akan melancarkan model khas OnePlus 6T edisi Mclaren pada 11 Disember ini. Menurut info terbaru, peranti tersebut akan hadir dengan 10GB RAM serta sistem pengecasan pantas baharu, Warp Charge 30.

Kapsyen: @IshanAgarwal24


Ia bagi menggantikan pengecasan Dash Charge yang digunapakai sebelum ini. Warp Charge 30 didakwa mampu memberikan bekalan kuasa untuk sehari penggunaan dengan pengecasan cuma selama 20 minit.

Selain itu, Ishan Agarwal menerusi akaun Twitter-nya turut mengirimkan beberapa imej yang dikatakan imej rasmi model OnePlus 6T edisi Mclaren tersebut.



Tiada perbezaan ketara pada peranti ini berbanding edisi biasa, cuma ia mempunyai binaan warna oren dibahagian tepi serta logo jenama McLaren di bahagian bawah panel belakangnya.

Bagaimanapun, ia berkemungkinan besar tidak akan menggunakan cip Snapdragon 855 seperti dilaporkan sebelum ini. Setakat ini, tiada maklumat mengenai harga yang telah didedahkan.

 

Sumber: BGR    @IshanAgarwal24