Spesifikasinya masih samar-samar lagi tetapi diyakini akan dilengkapi dengan cip Kirin 810. Kini, sebuah imej promo telah mula tersebar di internet membayangkan rupa paras fizikal peranti tersebut.
Seperti yang terlihat pada imej diatas, HONOR 9X/9XPro bakal diletakkan dengan tetapan tiga kamera belakang pada bahagian penjuru kiri. Panel belakangnya pula akan dihiasi dengan kombinasi beberapa warna disertai bersama corak membentuk "X".
Jika diamati, tiada pengimbas cap jari berada pada bahagian belakang dan berkemungkinan ia akan tampil dengan sensor dibawah paparan seperti kebanyakkan model yang ditawarkan ketika ini.
Khabar angin sebelum ini ada mengatakan HONOR 9X akan dilancarkan dengan dua versi iaitu model standard serta Pro. Antara yang diperkatakan adalah adalah versi Pro mungkin membawakan sensor 48MP Sony IMX 582 disertai dengan 8MP serta sensor 2MP sementara bagi model biasa ia mempunyai sensor 24MP.
Bagi janaan kuasa versi Pro, bateri berkapasiti 4000mAh dengan pengecasan pantas akan digunakan manakala untuk variasi standard, ia dikuasakan dengan bateri 3750mAh dengan pengecasan 10W. Walaubagaimanapun, ini hanyalah spekulasi awal dan sama-sama kita nantikan spessifikasi rasmi kelak.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- TV Daripada HONOR Bakal Dilengkapi Dengan Kamera Terangkat
- Huawei Perkenal Honor 9 Lite, Dwi Kamera Depan Dan Belakang
- Honor V9 Tampil Dengan RAM 6GB Dan Bateri 3900 mAh, Akan Diperkenal 21 Februari Ini
- Isu Tipu Ujian Tanda Aras, Honor Malaysia Keluarkan Kenyataan
- Motorola Dan HONOR Dikhabar Akan Hadir Dengan Peranti Boleh Lipat
- Gambar Rakaman Malam Dari HONOR 9X Pro
- HONOR Tawar Waranti 2 Tahun Bagi Model Terpilih
- HONOR Play Tidak Akan Dinaik Taraf Kepada EMUI 10.0
- Honor 8X - Apa Yang Best?
- HONOR 20 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Akan Dijual Pada Harga RM1699