Peranti terbabit dipercayai akan diberi nama sebagai Meizu 15 Plus dan terkini, imej telefon berkenaan dikatakan sudah mula tertiris ke internet.
Melihat kepada imej diatas, model flagship bakal menampilkan rekaan skrin penuh dengan bingkai yang sangat nipis disisi serta bahagian atas. Ia hampir mirip kepada rekaan dari Xiaomi iaitu Mi Mix 2.
Dibezel bahagian bawah, kelihatan butang patah balik, serta butang pilihan dan nampaknya Meizu mungkin mengekalkan pengimbas cap jari dibahagian hadapan.
Rekaan belakang menghadirkan tetapan dwi kamera secara menegak dan dibawah lensa itu terletaknya fungsi flash dan laser focus, mungkin sama seperti yang ada pada Meizu Pro 6.
Bocoran imej ini turut mempamerkan harga jualan peranti itu di China dengan harga permulaan sekitar 2999 yuarn (~RM1848.49) hingga yang paling mahal 3499 yuan (~RM 2156.67). Selain mungkin hadir dengan dua jenis versi, tidak ada lagi maklumat tentang spesifikasi telefon ini.
Apa pendapat anda tentang rekaan Meizu 15 Plus ini?
Sumber: It Home
Berkaitan
- Snapdragon 888 Plus Kini Rasmi Diumumkan
- Jumlah Jualan iPhone X, 8, Dan 8 Plus Masih Belum Mampu Tandingi iPhone 6 Dan 6 Plus
- Uijan Jatuh: iPhone 8 Plus VS iPhone 7 Plus
- Ini Mungkin Spesifikasi Yang Hadir Pada OnePlus 8 Pro
- OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz
- Spesifikasi Mi 6 Dan Mi 6 Plus Tertiris
- OnePlus 3 Dan OnePlus 3T Akan Didatangkan Dengan Fungsi Nyahkunci Menggunakan Wajah
- HONOR 20 Pro Mula Dijual 15 Ogos Ini Pada Harga RM 2299
- OnePlus 7 Mungkin Guna Skrin Dengan Mekanisma Gelongsor
- (Video) Apple Ajar Cara Ambil Gambar Guna Ciri "Potrait Lighting" Pada iPhone 8 Plus