Imej Ini Didakwa Gambaran Sebenar Tetapan 3 Kamera Huawei P20

Tinggal sebulan sahaja lagi Huawei akan memperkenalkan model baru dalam siri "P" mereka iaitu Huawei P20. Tidak seperti model lain yang menampilkan dwi kamera, Huawei P20 bakal mengetengahkan tetapan 3 kamera.

Imej ini didakwa gambaran sebenar kedudukan sistem 3 kamera tersebut dan ia diletakkan secara menegak pada panel belakang sebelah kiri.



Bermula dengan flash LED, diikuti dengan dua kamera, satu sensor yang tidak dikenal pasti dan dibawah sekali, satu kamera yang agak besar.

Gambaran ini sedikit berbeza dengan imej 3D yang disebarkan beberapa minggu lepas.



Dwi kamerayang digunakan mungkin gabungan sensor monokrom dan RGB manakala kamera ketiga tidak dapat dipastikan bagaimana ia akan beroperasi.

Walaubagaimanapun, imej yang tertiris ini belum dapat disahkan kesahihannya dan sama-sama kita tunggu sehingga pelancaran dibuat pada 27 Mac depan.

Sumber: GizmoChina