Imej Huawei P30 Pro Tertiris, Memperlihatkan Rekaan Flash Lebih Panjang

Sistem tiga kamera pada telefon pintar mula diperkenalkan oleh Huawei pada model P20 yang kemudiannya diikuti beberapa model lain.

Kini memasuki usia sembilan bulan, siri P dibayangkan dengan kehadiran model baru menerusi bocoran imej yang didakwa Huawei P30.



Khabar angin pertama dikutip dari @UniverseIce dimana akaun Twitter terbabit memaparkan 4 rekaan sarung pelindung bagi 4 buah model; Samsung Galaxy S10, Samsung Galaxy S10+, Huawei P30 dan Huawei P30 Pro.

Menghangatkan lagi perkara ini adalah bocoran imej render dari Slashleak. Penggunaan sistem tiga kamera bakal ditemani dengan fungsi flash mempunyai rekaan lebih panjang daripada apa yang biasa kita lihat.

Flash yang lebih panjang itu mungkin berfungsi untuk meningkatkan lagi prestasi serta keupayaan rakaman pada situasi kurang cahaya.

Hanya setakat ini sahaja perkhabaran awal untuk model flagship dari Huawei dimana pelancarannya diramal berlaku sekitar Februari atau Mac tahun hadapan.