Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Huawei Mate 40 Pro Perlihatkan Rupa Modul Kamera Yang Janggal

Imej Huawei Mate 40 Pro Perlihatkan Rupa Modul Kamera Yang Janggal

Diterbitkan Oktober 6, 2020 oleh Meor Hasyim

Dalam bulan ini juga, Huawei dijangka akan melancarkan siri Mate 40 yang merupakan telefon mercu terbaharu mereka.

Hari ini kita telah diperlihatkan dengan rupa bentuk Mate 40 Pro secara kasar melalui sarung pelindung.

Imej yang dikongsi tersebut menunjukkan bahawa Huawei masih lagi menggunakan rekaan kamera bulat sama seperti siri Mate 30 namun ia sedikit berbeza.

Imej Huawei Mate 40 Pro Perlihatkan Rupa Modul Kamera Yang Janggal
Imej Huawei Mate 40 Pro – Gizmochina

Ini adalah kerana barisan lensa yang diletakkan pada modul kamera tersebut direka dengan rekaan baharu.

Pada bahagian atas, terdapat bukaan petak segi empat kemungkinan lensa periskop/telefoto dan di bawahnya pula dibarisi 3 lensa lain.

Imej Huawei Mate 40 Pro Perlihatkan Rupa Modul Kamera Yang Janggal
Imej Huawei Mate 40 Pro – Gizmochina

Sekali pandang jika dilihat, ia seumpama soket dinding. Jika benar Huawei menggunakan rekaan sebegini, tidak mengejutkan jika ada jenama lain turut mengikuti rekaan yang sama.

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate 40 Pro dijana cip Kirin 9000 terbaharu dan perkakas kamera yang lebih hebat dari Mate 30.

Melalui: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY