Huawei Mate 10 dijadualkan pelancarannya lebih kurang 2 minggu sahaja lagi iaitu pada 16 Oktober dan bakal ditampilkan dengan 3 versi pilihan; model standard, model Pro, dan model Lite.
Melihat foto yang dimuat naik oleh Evan Blass, Huawei Mate 10 dilengkapi dengan paparan sisi-ke-sisi, serta rekaan bezel yang sedikit nipis.
Khabar angin yang lepas turut menyatakan peranti ini bakal menggunapakai sistem dwi kamera utama yang menggabungkan kamera 20MP dan 12MP beserta lensa bukaan f/1.6.
Bakal dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 970 yang mempunyai Neural Processing Unit berupaya menjalankan tugasan AI. Lain-lain spesifikasi yang dikatakan turut hadir pada peranti ini adalah, skrin paparan 6.1 inci, RAM 6GB dan dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh.
Untuk model Lite, kita boleh menjangkakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding diatas seperti skrin paparan 5.9 inci, dan cip pemproses Kirin 658.
Sumber: Evan Blass
Berkaitan
- Bukan Lagi 3 Bulan, Tempoh Pinjam Laptop Secara Percuma Dari Perpustakaan Selangor Dilanjutkan
- #MWC - Pengalaman Awal Pegang Xiaomi Mi9 Dengan Tetapan 3 Kamera
- Redmi Note 9S Rasmi, Dilengkapi Bateri 5020mAh, Kuad Kamera Dan Snapdragon 720G
- Android 9 Pie Versi Beta Untuk Xiaomi Mi A2 Mula Kelihatan Di Internet
- EA Sahkan Tiada Pengenalan Baru Siri Battlefield Untuk Tahun Hadapan
- KTM Berhad Akan Hentikan Penggunaan Token Untuk Komuter, Pengguna Memerlukan Kad Komuter Link Dan Touch N' Go
- Fungsi Nyahkunci Skrin Menggunakan Wajah Bakal Hadir Ke Huawei Nova 2i
- Dapatkan iPhone XS Max, iPhone XS Dan iPhone X Dengan Harga Lebih Murah
- TM Percepatkan Perbincangan Masalah Streamyx Dengan Kerajaan
- Cara Pohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Covid-19