[Imej Awal iPhone 8] - iPhone 8 Bewarna Putih?

Menurut seorang pereka grafik, Martin Hajek baru-baru ini telah mengeluarkan satu imej yang menyaksikan iPhone 8 bewarna putih. Kamera dibina secara melintang dan kami yakin iPhone akan mengekalkan ciri dwi-kamera yang sama pada iPhone 7 Plus.

Kedua-dua sensor bakal menawarkan penstabilan imej optik, tetapi dengan panjang fokus yang berbeza yang lebih luas berbanding iPhone 7 Plus iaitu pada 23mm dan 56mm, memastikan pengguna zoom imej tanpa merosakkan kualitinya.







Di bawah juga merupakan beberapa gambar prototaip iPhone 8 yang diambil dari Everything Apple Pro. Menurut khabar angin iPhone 8 juga akan dibina dengan paparan OLED buat julung kalinya.



Seperti yang telah diketahui, iPhone akan melancarkan iPhone 8 di sekita bulan September. Tahun ini juga merupakan ulang tahun iphone yang ke-10. Jadi kami letakkan harapan yang besar untuk tahun ini.

Sumber