Imej Acah OPPO F9 Memperlihatkan Rekaan Takuk Yang Lebih Kecil

Pelbagai cara dilakukan OPPO dalam meminimumkan penggunaan takuk pada layar paparan mereka.

Pada model flagship mereka mengetengahkan kamera yang boleh disembunyikan, menghasikan paparan yang luas terbentang.

Berbeza pula bagi segmen pertengahan dimana takuk masih kelihatan pada OPPO F9. Menerusi imej acah yang dimuat naik pada laman Twitter OPPO Malaysia, rekaan takuk pada model ini lebih kecil sedikit.



Menariknya lagi, tanda pagar #WaterdropScreen digunakan pada tweet terbabit, ia memberi bayangan peranti ini mungkin kalis air.

Mirip telefon pintar Essential, tiada lagi maklumat lengkap mengenai spesifikasi yang bakal dibawa OPPO F9.