Imbasan Wajah Untuk Sistem FACES AirAsia Kini Boleh Dilakukan Pada Aplikasi Telefon Pintar

Sistem Fast Airport Clearance Experience System (FACES) telah dilancarkan pada Februari 2018 yang lepas.

Merupakan sistem daftar masuk layan diri yang menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk mengenal pasti wajah penumpang yang telah berdaftar di pintu pelepasan, membolehkan mereka menaiki penerbangan tan perlu mengemukakan sebarang dokumen perjalanan.

Pada fasa awal, ia lebih tertumpu kepada pendaftaran penerbangan serta proses menaiki pesawat dan pada ketika itu, FACES tidak digunakan untuk memproses urusan berkaitan pasport dan imigresen.

Melalui ciapan di Twitter CEO AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes, anda kini boleh mendaftar wajah pada aplikasi AirAsia di telefon pintar (sebelum ini menggunakan kiosk khas). Untuk melakukannya, pergi ke bahagian profil pada aplikasi dan paparan akses menu My FACES bagi daftar wajah serta pasport.



Menerusi kaedah ini, ia akan dapat melancarkan perjalanan penumpang disamping tidak memerlukan lagi penggunaan pas penerbangan. Buat masa sekarang sistem FACES hanya tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sahaja.