Imbasan Cap Pada Skrin Mungkin Digunakan Pada iPhone Keluaran 2021

Telefon pintar dengan ciri imbasan cap jari sudahpun berada dalam pasaran sejak tahun lalu lagi dan ia tidak terhad hanya untuk peranti flagship malah digunapakai pada model pertengahan.

Walaupunbegitu, Apple masih lagi belum menunjukkan minat utnuk menggunakannya ketika ini dan menurut pengalisis TF Securities, Ming-Chi Kuo, ia hanya akan hadir pada iPhone keluaran 2021 bersama-sama ciri Face ID.

Kuo menyatakan teknologi sedia ada mempunyai isu teknikal dan beliau percaya dalam tempoh 18 bulan mendatang, ia akan diselesaikan dan seterusnya membolehkan Apple melengkapkan ciri itu pada peranti mereka.

Bagi sistem biometrik pada paparan ini, Apple berkemungkinan menggunakan sensor ultrasonik daripada Qualcomm.

Sumber: 9to5Mac via PC Mag